Wednesday, August 12, 2009

11-August-2008

Semalam genap setahun aku keje kat UIA since aku berhenti keje kat Aldwich Infotech Sdn. Bhd kat Plaza Sental. Rasa macam cepat giler masa berlalu.Aku mcm tak percaya. Ingat nk update blog ni semalam tapi apa boleh buat, aku pn tak berapa sempat.Banyak betul urusannya.So hari pn kira ok la.
So far aku rasa keje kat sini ok. Ok maksud aku tak la banyak sangat tekanan. Tapi if nk compare ngan keje lama aku rasanya jauh sekali. Masa keje lama tu hari2 nak kena pastikan uptime achive. If not silap haribulan kena jawap lak. Kata orang jauh perjalanan banyak pengalaman. Mcm aku ni masuk keje kat sini dah 4 tempat aku keje. Keje tetap la bukan yang main2. Dulu mula2 aku kat Segamat Johor. Kat Kolej Komuniti Yayasan Pelajaran Johor. Lama gak la aku keje kat situ. Dari tahun 1998 sampai la 2002. Dari Kolej tu kt Kg Abdullah sampai la pindah ke Taman Yayasan.Masa tu aku jadi Tutor. Ala2 lecterur la kononya.hahaha. Tapi jodoh aku ngan tempat keje tu tak panjang. Aku berhijrah lak ke KL. Actually ramai yang tanya kenapa aku berhenti. Aku sendiri pn tak tau nk jawap apa. Yang pasti aku memang nk ke KL. Kebetulan lak aku dapat offer keje kat CIMB tu, apa lagi. Aku quit la. Masa tu nama dia bukan CIMB.Masa tu nama dia EPIC-I Sdn Bhd sampai rebranding balik jadi CIMB. Nak citer pn susah. Pendekkan citer aku keje kat situ lebih kurang 6 tahun lebih. Aku jaga bahagian ATM Monitoring. Bahagian jaga mesin ATM. Tapi keje shift la. Puas la aku keje hari sabtu ahad. Hidup tak macam orang lain. Tapi apa boleh buat. Dah nama pn makan gaji. Ntak tak nk terpaksa gak la keje. Haaa lepas keje sini la aku keje Aldwich tu. Actually buat benda yang sama. Tapi shift sini lagi ganas. Shift 24 hours. Keje sehari 12 jam.Pehhhhhhhh. Mampus aku. Dah la jaga mesin ATM untuk bank Islam. ATM bank Islam tak banyak tapi server and sistem dia mcm lahabau. Last2 kat UIA gak la aku sekarang.hehehehehhe.

2 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. aku nak yg tu,..
    eh,,,silap...
    nak yg sebelah kanan tu..

    ReplyDelete